Sabtu, 30 Julai 2011

jangan buat begitu kecewe dia nanti

Bismillah

 Bagi perempuan, susahnya nak faham lelaki..dan bagi lelaki, payahnya nak selam dan faham dunia dan pemikiran perempuan..Allah jadikan lelaki untuk temankan dan memimpin perempuan dan ciptakan perempuan untuk ketenangan dan semangat pada lelaki..Allah itu tahu yang lelaki ini ego nya lain, kadang tinggi melangit dan dengan itu Allah datangkan kelembutan pada perempuan untuk melembutkan ego itu..Bukannya untuk di perlekehkan, dengan meletakkan judgement, betapa lemahnya perempuan..Orang akui, perempuan itu lemah..lemah dari segi fizikal dan emosi, dan kerana itu perempuan terlalu rapat dengan air mata, sebab....air mata itu yang mampu melepaskan rasa stress dan tekanan dalam hati masing masing..tapi, bila menangis, perempuan di anggap cengeng...Bukan, bukan cengeng...hati perempuan ni, bila tersentuh memang begitu..bila selesai menangis, mereka akan rasa satu perasaan yang puas dan lega, sedangkan masalah atau hal yang difikirkan itu, belum pun selesai sebenarnya....Apa yang diharapkan oleh perempuan hanyala cukup sekadar rasa hormat...bukan hormat pada duitnya, hormat pada kejayaannya, hormat pada tarafnya...tapi hormat pada perasaannya..Cuma kekadang, di zaman ni, ramai lelaki yang dah tak ada atau kurang perasaan hormat ini pada perempuan itu..Sebab itu, lelaki cenderung untuk mainkan perasaan dan kadang kadang jadi pengecut dengan keputusan sendiri..Hmmm, kalaulaaa... lelaki ada perasaan..."..Jangan buat begitu, sian dia nanti....", "..Jangan buat macam tu, sedih hati dia nanti..", " ..Tak elok buat macam tu, kecewa dia nanti...", alangkah bahagianya kan..?? Jadi sebenarnya, untuk jadikan perempuan itu bahagia dan tenang, kita tak payah letakkan duit berjuta juta, muka kacak lawa dan keinginan untuk menjadi terlalu sempurna, tapi cukup dengan perasaan hormat pada suatu jiwa lain....Itu, dah cukup 'emas' dalam hubungan..Allah, kurniakan lelaki itu 9 akal,perempuan, Allah kurniakan hanya 1, jadi..kalau lelaki nak fikirkan cara cara untuk memimpin dan faham akan jiwanya perempuan, apa lah sangat kan =)......~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...