Bismillah
Assalamualaikum.....
Bila mula tinggal berjauhan dengan keluarga , izzah mula teringat pesan ibu ' izzah , mengaji lah al- quran pandai pandai ... nanti boleh ajar orang mengaji , boleh ajar orang agama . Banyak syafaat .. biar hati ibu lapang bila di kubur nanti ' . Allahhuakhbar .... tiap kali ibu ulang perkara yang sama , izzah hanya mampu tersenyum dan mengaminkan setiap tutur katanya. Di sudut hati , izzah memang teringin digelar sebagai seorang ustazah tapi hati dan iman perlu ditambah . Diri ini terlalu naif tentang agama , izzah perlu cari lagi ilmu agama semampu mungkin .mungkin sebab tu ibu suka panggil izzah tiap kali lepas solat maghrib untuk mendengar dan mempebetulkan mana mana ayat yang tak betul atau ayat yang sukar disebut . Ibu, Ayah..sekiranya izzah tak mampu memberi
kebahagiaan dengan membawa sebuah kejayaan tapi izzah akan berusaha untuk
memberi kalian saham akhirat untuk ke syurga T_T . InshaAllah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan