Bismillah
haruskah aku kembali
mengharungi lembaran semalam
sedang mentari esok tetap kn bersinar
walaupun aku tetap setia di sini
untuk apa di kenang kenangan lalu
kenapa mesti di ingat kisah pedih itu
haruskah hati setia menanti di sini
sedang cintanya sudah berlalu
kerna terlalu cinta , terlalu kasih
dan kerna terlalu sayang
buat hati ini sering kealpaan
diri ini sering terlupa
yang hakikat dia telah meninggalkan ku
aku wanita yang terlalu naif
terus mempercayai bahawa hatinya tetap milikku
terus menyimpan harapan yang dia akan kembali
dan terus merindui senyumannya
terlupakah aku bahwa dia milik insan lain ?
hati cuba menafi , hati cuba menipu
tapi itulah hakikat yang perlu kutelan
itulah kebenaran , itulah realiti
dia memilih gadis lain sebagai teman hidupnya
dia yang memilih untuk mengecewakanku
inilah kebenaran yang paling pahit untuk ku telan
walau sepahit mana rasa ini
namun aku harus akur
kerna itu pilihannya ....
