Sabtu, 27 April 2013

Bismillah.
Assalamualaikum.....

" AYAH BUKAN LAH SEORANG LELAKI YANG BAIK TAPI AYAH MAHU ANAK - ANAK AYAH MENJADI SEORANG ISTERI / SUAMI YANG BAIK SUATU HARI NANTI "

Allah .... bergelinang air mata ni bila teringat kan kata kata yang diluahkan dari seorang ayah yang sebelum ni di kenali sebagai seorang yang tegas  dan panas baran . Izzah tak tahu perkara apa yang membuatkan ayah berubah , mungkin ini doa seorang isteri yang telah termakbul. Terima kasih ya Allah  kerana engkau telah menghadiahkan aku seorang ibu yang tak pernah kenal erti putus asa ... kau wanita terHEBAT !.
Ayah mula bermanja dengan mendekatkan diri dengan masjid , Alhamdulillah .  pada mula nya izzah agak terkejut dengan perubahan tu . Seperti kebiasaan setiap hari jumaat izzah akan balik ke shah alam selepas habis kelas di PJ. sampai sahaja izzah di rumah ... izzah terus cari mana ayah mana ibu ?  aku mula bertanya 

izzah : kak long , mana ibu 
kakak : ibu pergi masjid .
izzah : ok , mm.. ibu pergi dengan sapa ?
kakak: ibu pergi dengan ayah lah .
izzah : ayah ????  biar betul jangan main main ..
kakak : kenapa?
izzah : tak da apa tapi kenapa macam pelik je bunyi nye . Ayah mimpi apa  long ?
kakak : tak da apa yang pelik , tak da apa yang mimpi.  cik ija, kita kena bersyukur dengan semua ni .
izzah : ?????  (  aku mula menangis tanda aku gembira dan bersyukur ).

saat tu hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya hati seorang anak apabila melihat perubahan dari seorang ayah ...  :')

Khamis, 25 April 2013

kembali lagi ......

Assalamualaikum ...
setelah sekian lama blog nie bersarang akhirnya kembali lagi ! . ^_^ . rasanya da setahun lebih izzah tak jenguk blog ni kan ? . kesian sayang izzah ni , HEHE.
Aahah ! ni nak habaq mai , sekarang izzah sambung belajar dekat GIATMARA Petaling Jaya Utara dalam kos CHILD CARE AND FAMILY SERVICES  . Izzah mula masuk sini sebelum dapat result spm lagi , nak masuk giatmara ni senang je .. isi borang InsyaAllah dapat ..yang penting minat tu mesti kena ada. Niat kita pun kena betul jugak tau ! lagi satu senang nak masuk sebab pemilihan pelatih giatmara ni tak tengok berdasarkan result spm . sesiapa yang tak da result spm pun boleh masuk . Banyak kelebihan giat mara ni yang ramai orang tak tahu .salah satu kelebihannya  giatmara ni menolong orang bagi sesiapa yang  berminat dan bercita - cita dalam bidang usahawan . Siapa yang berminat tu boleh la masuk giatmara nie , starting umur 15 tahun ke atas  da boleh masuk .....  rasanya setakat ni je kot yang izzah nak kongsi, ada story ada masa , ada lah entry baru yea ..... hihi . sebelum tu izzah nak tunjukkan gambar semasa di giatmara .


uniform baru gmpju

aktiviti bersama ibu bapa di kampungku mahir , Tanjung Karang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...